Kontrak Penajaan KAFA, Vida Beauty Diteliti Semula

Kontrak penajaan antara Persatuan Bolasepak Kelantan dan Syarikat Vida Beauty akan diteliti semula selepas salah satu syarat dipercayai tidak ditepati.

Hal ini berlaku selepas Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pasa Sabtu lepas akan terus menggunakan warna tradisi merah sebagai warna jersi utama, manakala warna merah jambu hanya sebagai tema jersi ketiga.

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang bengang degan tindakan KAFA itu menggesa agar permasalahan ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan.

Selaku penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW), beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan KAFA menjadikan warna idamannya sekadar digunakan pada jersi ketiga pasukan itu.

Setakat ini KAFA masih tidak mengeluarkan sebarang kata putus mengenai perkara tersebut.