D’Herbs Bakal Taja Selangor FA

Selepas Qu Puteh Vida Beauty gempar menaja Kelantan FA, kini D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd pula menyatakan minat dalam menjadi penaja bagi kelab bolasepak Selangor. Tajaan berjumlah RM15 juta itu bagaimanapun belum dimeterai antara kedua-dua belah pihak.

Namun pemilik syarikat tersebut, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman meletakkan sekurang-kurangnya 20 syarat untuk dipenuhi pasukan ‘Red Giant’ yang antaranya mengecat keseluruhan stadium dengan warna hijau.

Sekiranya perjanjian ini mendapat persetujuan bersama, nama ‘Red Giant’ mungkin perlu diteliti semula.