Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda “gred makanan”.
Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.
Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.
Peniaga di ingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.