Genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 24, telah menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Siti Sarah Zulkarnain, 27.
Berita gembira dikongsi oleh bapanya, Abdul Ghani dalam hantaran di Facebook.
Melalui hantaran di Facebook bapanya, “Alhamdulillah.Majlis berjalan lancar.Berkat Doa dari Tuan,Puan.aamin.”
“Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.”
“Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya. Dengan lafaz nikah sekali saja dan kenduri pun berjalan lancar.
Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang, di sini.Adi Putra, 24, memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah, 27.