Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Datuk Ras Adiba bersedia menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
“Tidak tahulah (menjadi calon atau tidak). Saya sertai Bersatu ini nak bersama-sama menolong (bukan tujuan untuk dicalonkan) dalam perjuangan PN iaitu gabungan yang mampu membela nasib rakyat.”
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini pada Ahad.
Datuk Ras Adiba merupakan seorang ahli politik, aktivis masyarakat dan Penyampai berita veteran Malaysia dan berasal dari Seri Menanti,Kuala Pilah, Negeri Sembilan.