Kuala Lumpur: SurvivalTravel.com, jenama terbaru aplikasi telefon pintar dan web untuk pengembaraan berkonsepkan sosial. Aplikasi ini secara rasmi telah dilancarkan di Plaza Mont Kiara pada 30 April lalu. Ia terdiri daripada 3 applikasi mobil dan web – SurvivalTravel, SurvivalLanguage dan SurvivalKit.
SurvivalTravel adalah aplikasi sosial perkongsian gambar pertama di dunia yang menawarkan ciri rating dan trending dengan rekaan yang menarik.
Manakala, SurvivalLanguage adalah aplikasi pertama di dunia yang menggunakan konsep crowdsource atau orang tulen untuk terjemahan bahasa dengan audio dan bercirikan offline data yang mampu membantu pengguna mendapatkan terjemahan bahasa.
Akhir sekali, SurvivalKit adalah aplikasi pengembaraan yang mempunyai ciri pencarian harta karun dan rakaman penjelajahan. Kesemua aplikasi ini dibina secara berasingan tetapi diintegrasi bersama di bawah satu jenama SurvivalTravel.com
Mereka turut menyediakan open source SDK untuk suntingan gambar untuk developer.
“SurvivalTravel adalah aplikasi teknologi yang unik di dalam ekonomi travel dunia. Aplikasi pelancongan dan pengembaraan ini disasarkan untuk belia.” – Firdaus, pengasas.
Aplikasi ini mensasarkan golongan belia dan pengembara yang melancong ke seluruh sedunia.
Projek ini dibangunkan oleh Megasap Sdn Bhd dengan bantuan geran daripada SKMM.
SurvivalTravel, SurvivalLanguage dan SurvivalKit boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google Playstore.
Sumber: SurvivalTravel.com , SurvivalLanguage.com , SurvivalKit