Fazura Terima Anugerah “Woman Entrepreneur Of The Year”

Melalui instagramnya, Fazura memuat caption “Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNYA.Malam tadi Faz telah menerima anugerah “Woman Entrepreneur Of The Year” di Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2023.”

Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan dan menyokong Faz selama ini. Kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Faz terus berkerja keras lagi untuk memberi yang terbaik di dalam perniagaan. Ini adalah kejayaan milik semua.