Hak Penjagaan Anak Disambung Perbicaraan Januari 2024-Shuhada Shukri

Shuhada Shukri yang merupakan bekas isteri kepada Hafidz Roshdi memuat caption di akaun milik instagramnya.

Bila mahkamah buat keputusan sebutan baru kes ditetapkan pada Januari 2024, pada mulanya Shu rasa sedih. Kalau ikutkan hati Shu, ikutkan kemahuan Shu, Shu nak settlekan hak penjagaan tu cepat cepat.

Tapi, benda yang berlaku dalam hidup Shu, betul betul membuatkan Shu sedar yang Allah adalah segala galanya dalam hidup ini.

Kita hanya merancang. Tapi Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah mungkin tangguhkan ke bulan Januari 2024.

Tapi dalam masa yang sama, sementara tunggu bulan Januari 2024, Allah nak bagi peluang dekat Shu untuk merancang satu lagi percutian dengan ourstoriestravel untuk bawa Humairah and Umar pergi travel.