Dato Siti Duet Dengan Dato Awie Dalam Album Tradisional

Melalui instagram Dato Siti,”Setiap kali muncul dengan album tradisional atau lagu tradisional, saya agak risau, apakah lagu ini akan dimainkan di radio?.”

Besar tanggungjawab mengekalkan lagu tradisi ini dan tentunya saya dan artis yang rakamkan lagu seumpama ini memerlukan banyak sokongan terutama stesen radio.

Lagu-lagu ni, kalau sering kita putar dan didengarkan, secara tidak langsung memang akan melekat di minda kita.

Saya bersyukur kerana beberapa stesen radio telah mula memutarkan lagu Kalau Berkasih, duet saya bersama Dato’ Awie.

Lagu ini dimuatkan dalam album Sitism dan berduet dengan legenda rock Dato Awie memang sangat rare dan terbaik.

Terima kasih semua, dengarkan Kalau Berkasih ya.