Melalui instagramnya,Alif Teega berkongsi video penjelasan mengenai isu Alif Teega tegur Aisyah sewaktu live.
Bismillahirrahmanirahim, tujuan saya post ini adalah utk meredakan situasi yg berlaku. Apa yg berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah utk fokus kpd keluarga dahulu.
Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sdg berniaga & ada juga mendapat soalan drpd netizen mengenai video-video Alif.
Tapi sebenarnya Video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi saya tetapi daripada IG Aisyah, sahabat-sahabat netizen mula kerumun pada post tersebut dan fikir bukan-bukan.
Pada waktu itu, Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video healing yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku.
Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yang sebenar.Dan pada waktu itu, Saya tidak tahu Aisyah sedang menjelaskan hal sebenar & bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga.
Saya yang pada waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live.Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran daripada apa yang terjadi. Saya & Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yg berlaku. Terima kasih kpd Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan utk merubat gangguan tersebut.
Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yg menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yg berlaku.
Sebagai ketua keluarga, Saya sayangkan isteri & anak-anak saya. Dan, saya akan mempertahankan apa yg telah kami bina bersama.