Melalui instagramnya, Terdahulunya saya ingin berterima kasih kepada keluarga besar Bunga Raya Fest, Telaga Walk dan lain lainnya kerna sudi mengundang saya untuk bersama sama menjayakan majlis merayakan hari kemerdekaan Malaysia di Pulau Langkawi tahun ini.
Sebuah perasaan yang tidak ada perkataan yang dapat saya lafazkan untuk menggambarkan betapa indahnya pengalaman yang saya dapat berkongsi pentas dengan puluhan warga Pulau Langkawi yang luar biasa bakatnya. Walaupun pernah membuat persembahan disini, tapi nuansa malam itu Seperti sebuah pelukan dengan mesej selamat datang. Sebak gembira berbunga bunga jadinya.
Peluang seperti ini jarang jarang saya dapat, namun Allah Maha Pemurah memberi rezeki mengelilingi saya dengan insan insan yang sangat supportif dan penuh semangat. Komuniti seni Langkawi memang ada belangnya dan tiada bandingan bakatnya. Membuka mata pengunjung pengunjung (termasuklah saya) untuk mengenali dan mencintai pulau Langkawi teramatlah mudah dengan mendekati komuniti komuniti setempat seperti ini. Lagi lagi di majlis merayakan hari penuh bersejarah seperti merdeka ini.
Sekali lagi terima kasih setingginya buat mereka yang berkenaan, dan mohon maaf jika ada terkasah bahasa terkurang lebih sepanjang saya disana.
Oh ya, yang naik ferry dari jauh jauh Alor Setar, Perlis dan Penang terima kasih banyak banyak. Semoga pertemuan kita di malam Merdeka tempoh hari menjadi salah satu malam yang terindah dalam hidup anda seperti mana yang saya rasakan.
InshaAllah,Jumpa lagi jika panjang umur dan ada rezeki.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.