Zara Zya Tunaikan Umrah Bersama Mamanya

Melalui instagramnya, Zara berkongsi video dan gambar ketika tunaikan umrah.

“Sebak pula saya bila edit video ni. Tak sangka saya dan mama saya dapat naik sampai ke puncak Jabal Nur ini.

Dapat lah kami menyaksikan Gua Hira sendiri… di sini Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri.

Disini jugalah Nabi menerima Wahyu dari Allah SWT buat pertama kali melalui Malaikat Jibril..

Sekarang ni, dah ada tangga elok.. Bayangkan lah waktu Nabi naik dulu… melalui batu batu kering dan tajam”.