Ubai Dan Shila Amzah Bergambar Dengan Potret Lukisan Ibu Ubai

Ubai melalui instagramnya Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Nurshahila Binti Amir Amzah sah bergelar isteri saya.

Mak, anak mak dah jadi suami orang!

Kami rindu dengan mak, hari yang kami dan mak menanti dah tiba. Ubai dah ada tanggungjawab baru sebagai seorang suami.

Anak mak dah besar sekarang, dah galas tanggungjawab besar hari ni. In shaa Allah, Ubai akan jadi suami dan ayah yang baik, seperti mana mak menjadi ibu dan isteri yang baik.

Walaupun mak tak ada harini, Ubai yakin mak pasti lebih bahagia disana melihat kami di-ijabkabul.

Terima kasih selalu doa untuk anak mak. Mak, ibu yang sangat baik. Mak didik anak mak dengan penuh kasih sayang.

Kepada isteriku Shila Amzah, kita akan lalui bahtera perkahwinan ini bersama hingga ke jannah.

Al-fatihah Mak.

@kameradotmy

Ubai dan Shila Amzah Bergambar Dengan Potret Lukisan Ibu Ubai #shilaamzah #shilaubai #ubai #ubairfam #ubaidlovers #salamtakziah #alfatihah Credit IG Ubai

♬ Hanya Rindu – Andmesh