Aishah Al Iman Nama Anak Wany Hasrita

“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah.”

“Alhamdulillah, pagi td siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak. Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur td, padahal tumbuh je balik nnti.”

Alhamdulillah setelah genap seminggu kelahirannya Wany mengumumkan namanya anaknya setelah selesai cukur rambut.

Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30 dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun sepakat menamakan bayi mereka, Aishah Al Iman.

Wany juga memohon doa “Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya”

Kami dari kamera.my mendoakan Wany dan anak Wany dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berpantang.