Cat dan Shikin Kini Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, Shikin Maembong, jam 9.07 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Mohd Shukri Shafie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Pengantin perempuan menyerahkan lima dulang hantaran, manakala pihak pengantin lelaki membalas tiga dulang.

Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur ‘Ashikin Ismail, 40,sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Nadzri Redzuwan iaitu anak cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak iaitu Putri Arianna Natasya, 8 tahun namun bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai pada dua tahun kemudian

Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli 48, pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada tahun 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa,13 dan Qul Iskandar, 12 tahun

Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan pada November 2020 tetapi bercerai pada Februari lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata

Kami dari kamera.my mendoakan semoga perkahwinan Cat Farish dan Shikin kali ketiga ini diberkati Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan berkekalan hingga ke jannah.

Gambar Pre Wedding Cat Farish dan Shikin