Bell Ngasri, Anna Jobling Terima Undian Tertinggi dalam Pencalonan ABPBH 35

Bell Ngasri yang telah lama menjadi pelakon sejak kecil lagi sehingga sekarang sebagai pengacara dan pelawak telah terpilih menjadi calon untuk Artis Komedi Popular . Seperti mana kita tahu Bell yang terkenal dengan lawaknya dalam setiap lakonanya.

Manakala Anna Jobling yang merupakan pelakon baru dalam arena dunia seni juga telah menjadi calon Aktres TV Popular. Anna yang terkenal dalam drama Melur untuk Firdaus yang memegang watak sebagai Melur. Dalam masa yang sama Anna juga tercalon sebagai dalam Drama Popular yang bergandingan dengan Meerqeen sebagai Firdaus dalam drama Melur untuk Firdaus.

Senarai 10 finalis yang memperoleh undian terkumpul tertinggi setakat ini diumumkan pengacara majlis, Muaz, pada sidang media pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 di premis acara, The Agam, Jalan Sungai Penchala, di sini, malam tadi.

Kami dari Kamera.my tidak sabar untuk menanti siapakah pemenang setiap anugerah yang dipertandingkan.