Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram, Shuib dan Watie dilihat keluar makan tengah hari bersama di sebuah kedai yang terletak di sekitar ibu kota.
Menurut Shuib, kedai makan tersebut merupakan kedai kegemaran bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah sejak 13 tahun lalu.
Menerusi captionnya di posting instagram milik Shuib “Dah makan dekat sini dekat 13 tahun. Yang perkenalkan kedai makan nie iaitu arwah Siti Sarah isterinya sejak masa bercinta dulu.”
“Sarah dah makan dekat sini dari zaman sekolah lagi dan ini memang tempat favourite untuk makan tengah hari, Fuh rare kan.”
“Shuib memberitahu ini pertama kali bawak Watie datang makan dekat sini, alhamdlillah dia suka.”
Menerusi video tersebut, dapat dilihat antara juadah yang dinikmati mereka antaranya siput sedut, ikan keli dan beberapa lagi.
Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam.
Video Shuib merakam isterinya tengah makan dengan penuh selera