Kelebihan Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. 

FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH

Antara kelebihan dan kebaikkan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah:

  • Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa.
  • Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
  • DIberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur(cahaya) dalam hatinya.
  • Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
  • Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
  • Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang
  • Allah makbulkan apa yang dihajatinya
  • Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.