KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2019 – CENDANA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan “CENDANA Arts Education Program” untuk sekolah rendah dan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia mendapat akses pendidikan seni yang berkualiti.
2 program telah diumumkan iaitu:
#BASKL Arts Excursion Program (AEX)
Program ini adalah pembiayaan untuk menampung kos BAS ke pusat seni untuk pelajar mendapat pengalaman sambil belajar. Kos pembiayaan termasuk makan dan minum dan juga insuran.
Artist in School Program (AISP)
AISP telah diwujudkan untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman tentang konsep dan teknik bentuk seni, keupayaan untuk menganalisis bentuk seni dan memahami bagaimana karya seni dibentuk, meningkatkan kreatif kemahiran berfikir serta kemahiran penilaian.