Kuala Lumpur, 28 November 2017 – Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) kerjasama dengan ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX) telah menganjurkan Persidangan dan Pameran HRDF 2017, selama 2 hari bermula pada 28 November sehingga 29 November di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persidangan ini telah dilancarkan oleh Menteri Sumber Manusia Dato, Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem. Majlis ini turut disertai oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato’ Sri (Dr) Hj Ismail bin Hj Abd. Mutalib, Setiausaha Agung Menteri Sumber Manusia Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas dan Ketua Eksekutif HRDF Dato’ CM Vignaesvaran Jeyandran serta beberapa ketua jabatan dan agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia. Tujuan persidangan ini adalah untuk menggerakkan tenaga kerja Malaysia bagi mencapai persaingan global dan bersedia untuk Fourth Industrial Revolution (Industri 4.0).
Bagi menyokong Industi 4.0, Menteri Sumber Manusia telah melancarkan HRDF Mobile App di persidangan tersebut. Perkembangan terbaru berita hrdf, setiap acara dan pekeliling kini boleh didapati hanya dengan pada hujung jari pelanggan. Pada fasa kedua aplikasi ini akan menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti pekerja dan pelatih boleh membuat pendaftaran dan tuntutan secara langsung menerusi telefon pintar
Persidangan ini fokus pada empat bidang utama iaitu Bakat, Strategi Perniagaan, Budaya Organisasi dan Pengalaman Pelanggan. Menteri Sumber Manusia Dato’ Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem menegaskan kepentingan dalam meningkatkan bakat untuk peralihan Malaysia kepada ekonomi digital dorongan negara “Adalah penting bagi kita untuk mempersiapkan rakyat bagi ketidakpastian yang akan dating dengan industri 4.0 kerana ini bukan sahaja akan membawa kemajuan tetapi juga mempunyai potensi diganggu atas sebab pendedahan perubahan yang mendadak.
Ketua Eksekutif HRDF Dato’ CM Vignaesvaran Jayendran turut menambah menyatakan bahawa majikan perlu meninjau semula strategi modal insan mereka dalam menyediakan tenaga kerja untuk kerja masa depan.