KUALA LUMPUR, Dato ‘Jeffrey Ng Tiong Lip, Pengerusi Institut REHDA, juga Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Sunway REIT memberikan ucapan pembukaan utama bagi Siri Ketua Pegawai Eksekutif 2017 REHDA Institute (Persidangan Pembangunan Harta Serantau Tahunan) di Nexus, Bangsar South.
Beliau menggesa semua pemain industri harus berfikiran untuk pertumbuhan industri dengan menyokong perkongsian pengetahuan dan kerjasama bersama.
Industri mesti menyesuaikan diri dengan pantas dan cabaran masa kini memberi peluang baru juga seperti kenaikan permintaan untuk hartanah berpatutan, perusahaan berasaskan internet dan permintaan untuk ruang kerja bersama (co-working).
Beliau menyeru untuk perubahan berimpak tinggi dalam industri dan forum ini sangat sesuai untuk mengenal pasti transformasi ini dan membawa perubahan.
Juga di dalam forum ini, Puan Rohaya Mohammad Yusof, Ketua Pasaran Swasta dari KWSP telah memberi ucapan pembahagian pelaburan KWSP di dunia di mana pelaburan di Malaysia adalah sebanyak 30%. Pelaburan adalah merata dunia dan strategic, dan KWSP ingin memastikan pulangan yang sentiasa meningkat. Pelaburan KWSP di logistic juga semakin meningkat kerana pulangan yang memerangsangkan. Beliau juga menekankan bahawa KWSP hanya melabur di dalam asset yang stabil dan premium seperti lokasi utama yang menempatkan pelanggan terbesar dunia.