Berhati-hati – DIGI Caj Berlebihan Dengan Bill Roaming

Seorang pengguna DIGI yang melancong ke Amerika Syarikat menggunakan SIM DIGI dengan pakej “roaming pass” RM25 untuk 3 hari. Di dalam pakej roaming pass ini, memberi 2GB internet dan panggilan mobil antarabangsa selama RM30 minit dan juga memerlukan supaya network disambungkan ke T-Mobile di Amerika Syarikat.

Amat terkejut pengguna DIGI ini menerima bill yang dicaj dengan kadar yang amat tidak munasabah. Pelancong ini telah mengikuti arahan supaya menyambung di network T-Mobile dan membuat beberapa panggilan lokal di Amerika Syarikat dan menggunakan internet.

Apa yang pelik ialah internet tidak dicaj tetapi panggilan dicaj dengan tinggi.

Selepas pulang ke Malaysia, pengguna DIGI itu membuat aduan dan DIGI memberi alasan balik kepada pengguna yang dia tidak menggunakan network T-Mobile. Walaubagaimanapun, DIGI dengan rela hati memberi 50% diskaun.

Pengguna ini memang rasa amat pelik kerana memang memakai network T-Mobile. Atas meneliti resit, dalam masa lebih kurang 15 minit, penggunaan internet tiada caj tetapi panggilan lokal di Amerika Syarikat dikenakan caj tinggi!

Sudah terasa penipuan, pengguna meminta DIGI untuk semak semula. Pengguna masih tidak pasti adakah DIGI akan membuat penilitian yang betul.

Disarankan supaya semua pengguna berhati-hati dengan caj roaming.