Shuib Sepahtu Tunai Janji Bersanding Kali Pertama

Sebagai tanda menghargai isterinya, Siti Sarah Raisuddin, Shuib Sepahtu berjanji mahu mengadakan sebuah majlis persandingan buat kali pertama dan janjinya itu ditepati pada malam semalam, bertarikh 26 Februari 2017.

Menurut Shuib, dia memahami keinginan Siti Sarah, sama seperti wanita-wanita lain yang berimpian mahu menjadi raja sehari sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun begitu, hasrat tersebut tidak dapat ditunaikan pada enam tahun lepas memandangkan Shuib baru sahaja bertapak dalam bidang seni dan masih tidak berkemampuan. Begitu pun, Siti Sarah tetap ikhlas menerima Shuib sebagai pasangan hidup dan sebagai tanda terima kasih Shuib kepada Siti Sarah, majlis bersanding yang romantik telah dianjurkan semalam bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Bagi pihak Siti Sarah, dia menyifatkan dirinya seorang wanita yang sangat bertuah di dunia kerana selain berpeluang merasai suasana bersanding selepas enam tahun berkahwin, dia turut dikurniakan tiga orang anak dan suami yang sangat baik dari pelbagai sudut. Menurutnya lagi, tiada ucapan yang dapat dilafazkan bagi menggambarkan kesyukurannya itu.

Majlis persandingan bersempena ulang tahun perkahwinan keenam Shuib-Sarah itu diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya dengan jemputan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan artis seramai 600 orang.

 

Gambar sekitar majlis persandingan Shuib-Sarah (dipetik dari laman Instagram Shuib Sepahtu dan Siti Sarah)

https://www.instagram.com/p/BQ-hG4EAvTM/?taken-by=shuibsepahtu

https://www.instagram.com/p/BQ-mp3mgjus/?taken-by=shuibsepahtu

https://www.instagram.com/p/BQ-rBuVAtk1/?taken-by=shuibsepahtu

https://www.instagram.com/p/BQ-qGcdjD4l/?taken-by=sitisarahraissuddin

https://www.instagram.com/p/BQ-20OZjTxi/?taken-by=sitisarahraissuddin

https://www.instagram.com/p/BQ-txh2jLq1/?taken-by=sitisarahraissuddin