Kuala Lumpur, 6 Disember 2016 – The Human Resources Development Fund (HRDF) atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mengadakan program tahunan, Persidangan HRDF 2016, selama dua hari bermula 6 hingga 7 Disember di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Persidangan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Adenan Bin Ab. Rahman, Ketua Setiausaha, Kementarian Sumber Manusia.
Sebagai langkah perbincangan mengenai kuasa dan potensi para pekerja, majikan dan penyedia latihan di Malaysia, persidangan ini berkonsepkan trend modal insan global yang memberi tumpuan kepada 4 landasan pembelajaran – Pimpinan, Perhubungan, Pembentukan Semula dan Mengimej Semula
Pada persidangan ini, para peserta dapat menyaksikan lebih 20 pakar industri – tempatan dan dari luar negara mengambil bahagian sebagai penyampai, panel dan pengacara majlis. Program ini menarik perhatian lebih 1800 badan profesional Sumber Manusia seluruh Asia Pasifik dan United Kingdom dengan adanya sesi yang penuh dengan isi kandungan dan interaktif.
“Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi yang mempunyai saingan di peringkat global amat penting untuk menyokong ekonomi dan produktiviti buruh yang dijangkakan meningkat sebanyak 3.7%. HRDF akan terus menyokong Agenda Pembangunan Nasional untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja Malaysia berpengalaman pada tahun 2020.” Kata Dato’ CM Vignaesvaran, Ketua Eksekutif HRDF.
“Kami berharap melalui acara gilang gemilang ini, kami dapat menurunkan kadar penganguran; kebergantungan kepada pekerja asing untuk kerja yang memerlukan kemhiran; and melengkapkan pekerja Malaysia dengan kemahiran yang menjadi permintaan oleh pihak industri” tambah beliau.