Setiap lapisan masyarakat Malaysia menggemari kopi sama ada kopi segera mahupun kopi yang dibru.
Tahukah anda kopi mempunyai fakta-faktanya yang tersendiri. Kamera.my akan kongsikan 10 fakta kopi yang perlu anda tahu.
- Meminum kopi 1 tau 2 cawan kopi sehari dapat mengurangkan 20 peratus kemungkinan mati di usia muda disebabkan kegagalan jantung.
- Ia dapat mengurangkan satu per tiga risiko demensia.
- Untuk rasa yang terbaik, kopi perlu dibru antara suhu 90-96 darjah celsius manakala kopi segera menggunakan air panas antara suhu 80-85 darjah celsius.
- Masa terbaik untuk minum kopi adalah pada pkul 9.30-11.30 pagi atau 1.30-5 petang
- Menurut sains, jika anda ketagihan kopi, ia mungkin disebabkan faktor genetik anda.
- Kajian menemui bahawa pengambilan kopi secara sederhana dapat meningkatkan daya ingatan dan prestasi kognitif.
- Menurut lagenda Ethiopia, kopi ditemui oleh seorang penternak kambing biri-biri apabila memerhati ternakkannya begitu energetik dan tidak boleh tidur selepas memakan beri daripada sejenis pokok.
- Untuk mengekalkan perisa, serbuk kopi perlu disimpan di dalam peti sejuk.
- Kopi akan kekal panas lebih lama jika diletakkan krim diatasnya.
- Untuk membuat espresso, ia memerlukan 42 biji kopi.