Allah SWT telah menetapkan kadar rezeki kepada masing-masing hamba-Nya , tidak kira dalam bentuk wang ringgit, kesihatan, ketenangan, tahap keimanan dan lain-lain lagi.
Kita sebagai umat Islam sentiasa mengharapkan rezeki-rezeki kurniaan Allah. Oleh itu, setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
Saya akan berkongsikan doa-doa untuk dijadikan amalan harian.
Doa Pembuka Dua Belas Pintu.
Maksudnya :
Ya Allah!Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,pintu-pintu keselamatan,pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat,pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kekuatan,pintu-pintu cinta sejati,pintu-pintu kasih sayang,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu,pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Doa supaya dapat membayar hutang
Maksudnya :
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.
Maksudnya :
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Sumber :- www.irezwan.com