Planet Pluto amat dikenali oleh orang awam sebagai planet yang paling sejuk dan paling jauh dari Matahari dalam sistem solar kita. Kini, planet Pluto ini tidak lagi disenaraikan sebagai planet di dalam sistem solar.
Pada tahun 2003, sekumpulan ahli astronomi telah menjumpai satu planet baru yang lebih jauh daripada planet Pluto. Mereka menamakan planet tersebut sebagai Eris. Penemuan terbaru itu menyebabkan ahli astronomi ini berfikir semula apakah yang dinamakan planet itu adalah ‘planet’?
Ada sekumpulan ahli astronomi ditugaskan untuk memberikan nama kepada planet-planet, mereka bersetuju untuk mengeluarkan planet Pluto dari senarai planet berdasarkan saiz dan kedudukan planet tersebut. Mereka menyenaraikan Pluto sebagai ‘dwarf planet’.
Pluto juga digelarkan sebagai ‘plutoid’, plutoid adalah ‘dwarf planet’ yang lebih jauh daripada planet Neptune.
[Gambar dari Nasa]