Saham Netflix dilaporkan positif menurut laporan suku terakhir tahun, pendapatan mereka meningkat mendadak USD1.8 billion daripada USD1.48billion tahun sebelumnya.
Salah satu faktornya kenaikan saham tersebut adalah kerana kemasukan Netflix ke pasaran Malaysia.
Netflix dilancarkan ke Malaysia pada CES 2016. Harga yang ditawarkan untuk pakej biasa adalah RM33 sebulan dan untuk pakej premium RM51.
Di antara tayangan asal yang menjadi tarikan penonton adalah “House of Cards”, “Orange is the New Black” dan “Arrested Development”
Walaubagaimanapun, tidak semua tayangan Netflix akan dapat ditonton dengan langganan di Malaysia kerana perlu mematuhi tapisan penyiaran di Malaysia.
Ada segelintir pengguna menggunakan khidmat VPN untuk mendapatkan siaran tanpa tapisan daripada Netflix. Dengan menggunakan VPN, pengguna dapat menukarkan lokasi daripada Malaysia ke Amerika Syarikat. Netflix akan mula menapis akses VPN dari luar Amerika Syarikat. Ia akan menyukarkan pengguna luar Amerika Syarikat untuk mendapatkan akses menggunakan VPN.