Matrade Insentif RM2500 untuk Berniaga Atas Talian

crossborder ecommerce

Pada 18 January 2016, Matrade, agensi kerajaan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia menganjurkan konvensyen “CROSS-BORDER E-COMMERCE CONFERENCE” yang telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed.

Mengikut kenyataan menteri, kerajaan ingin menaikkan peranan SME negara dalam aktiviti eksport dari sekarang 16-18% kepada 20-23%  yang dirangsangkan lebih dengan perniagaan atas talian.

Syarikat atas talian terbasar dunia turut berkerjasama seperti Amazon, Ebay, Alibaba, TradeIndia dan sebagai.

Sebagai perangsang untuk SME untuk bersaing didalam industri global, Matrade eTrade memberi insentif RM2500 kepada syarikat SME untuk berniaga atas talian di dalam portal bisnes terbesar dunia.

Alibaba, portal terbesar B2B di dunia memerlukan modal sebanyak USD 1399 untuk menjadi perniaga bertaraf “gold” (emas). Dengan insentif ini, dapatlah mengurangkan beban kepada SME.

Ini antara khidmat nasihat pakar-pakar terlibat dalam sesi konvensyen:

AT Kearney
Asia tenggara mempunyai tabiat online kuat tetapi hanya 1% transaksi global berniaga atas talian.
Malaysia adalah berkedudukan ketiga dibelakang Singapura dan Indonesia.
Untuk menjual atas talian, 3 strategi yang disarankan
1. Pilih produk yang tepat
2. Berada di pasaran yang tepat
3. Dapatkan pembekal dan supply chain yang tepat (paling penting)
Ebay
Untuk berjaya dalam perniagaan atas talian:
1. Pilihan barangan yang tepat untuk dijual
2. Harga yang menarik
3. Barangan berkualiti
4. Penhantaran yang dipercayai
5. Permasaran efektif seperti gambar berkualiti tinggi, penulisan yang lengkap dan sebagainya
TradeIndia.com
India pembelanjaan diramalkan USD3.6 billion di India
Malaysia pengexport no.13 ke India
Ciri pembeli India biasanya lebih mengambil masa tetapi juga setia
image image
Penyertaan baik, lebih 800 penyerta ke konvensyen di Menara Matrade