Permulaan Tahun 2016 bermakna bermulalah musim buka sekolah. Salah satu aktiviti yang sering diadakan di sekolah awam dalam minggu-minggu permulaan adalah gotong-royong.
Atas keikhlasan sendiri, para guru-guru dan ibu bapa bersama-sama dengan murid berkumpul bersama-sama di sekolah masing-masing.
Bersama menyumbang dari segi tenaga membersih, mengecat, membaiki kawasan persekolahan. Ini juga diceriakan dengan agensi-agensi seperti bomba, majlis perbandaran, IndahWater dan sebagainya.
Bajet diperuntukan untuk sekolah terhad, adalah atas kerjasama sepakat antara sekolah, ibubapa dan komuniti yang memberikan persekitaran yang lebih baik untuk murid-murid sekolah.
Amalan gotong-royong masih digiatkan di Malaysia dan atas sifat inilah komuniti dieratkan ikatan silaturrahim.
Murid-murid seronok bermain air dengan Bomba
Juadah Makanan
Gembira bersesi gambar