Peragut Dipaksa Memakan 48 Pisang Percuma

Di India, seorang peragut dipaksa untuk memakan 48 pisang oleh polis untuk mendapatkan semula cincin emas yang ditelan oleh peragut tersebut.

Kejadian berlakuĀ di pasar ikan Ghatkopar di timur bandar raya Mumbai Rabu lalu, seorang wanita diragut dan dilarikan cincin emasnya,

Semasa kejadian, orang ramai menangkap suspek, Gopi T Ghaware, sebaik sahaja wanita berkenaan menjerit. Beberapa penduduk mengejar dan berhasil menangkap suspek.

Suspek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah ujian x-ray dijalankan, cincin berkenaan ditermui di dalam perutnya. Laporan x-ray tersebut menjadi bukti pertama jenayah dilakukan oleh Ghaware.

Polis terpaksa menempah sebakul pisang dan memaksa Ghaware memakannya sehingga mendapat semula cincin emas tersebut.

Ternyata, pisang dapat memudahkan proses pencernaan.

Baca: 7 Khasiat Pisang Yang Anda Perlu Tahu