Sebuah restoran Filipina, Manila Social Club di Williamsburg, Brooklyn menjual donut champagne bersalut emas berharga $100 (RM438.72). Lapisan luaran donut ini juga dihiasi dengan emas 24-karat.
Manila Social Club yang sebelum ini terkenal dengan donut berwarna ungu yang dijual pada harga $40 setiap dozen, hanya dibuat dengan campuran keladi.
Walau bagaimanapun, tempahan donut ini hanya boleh dilakukan secara online pada hari Khamis dan hanya akan dibuat pada Jumaat. Dan ianya berharga $100, diperbuat daripada champagne keluaran Braven Brewery. – Business Insider