Makan

Sajian Steak Buka Puasa Di Restoran Me’nate Steakhub

SHAH ALAM, 16 APRIL 2018 – Sudah pasti ramai yang mencari tempat yang menarik setiap kali tibanya bulan Ramadhan bagi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Menjelang Ramadhan 1439 Hijrah yang bakal tiba kali ini, Restoran Me’nate Steakhub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej buffet berbuka puasa bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet” dengan menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.
Restoran Me’nate Steakhub juga mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari.
Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me’nate Steakhub juga turut menghidangkan set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Biriyani dan sebagainya bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin menjamu selera.
Restoran Me’nate Steakhub turut membawa kelainan dengan menu yang unik dan istimewa Ramadhan 1439 Hijrah ini, iaitu rusa golek dan menariknya pakej bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM 79.90 untuk dewasa dan RM 39.90 untuk kanak-kanak.
Kami berkesempatan merasa hidangan bufet di Restoran Me’nate Steakhub dan memang tidak dapat dinafikan keenakan segala juadah yang dihidangkan. Keenakan yang paling tidak dapat dilupakan adalah rusa golek dan roasted lamb ‘medium rare’ dimakan dengan Mushroom Sauce dan Black Pepper Sauce. Surau yang selesa juga disediakan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan solat.
Jika berminat anda boleh kunjungi dimana-mana empat cawangan di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Pastinya Restoran Me’nate Steakhub bakal menyajikan hidangan yang terbaik pada bulan Ramadhan nanti.

 

 

Restoran Me’nate Steakhub Shah Alam

Restoran Me’nate Steakhub Shah Alam

Restoran Me’nate Steakhub Shah Alam

Restoran Me’nate Steakhub Shah Alam

Komentar

To Top