Sukan

10,000 Meriahkan Jakel Charity Run For Rohingya KL 2017

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2017 – Jakel Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat
julung kalinya menganjurkan aktiviti berbentuk gaya hidup sihat berkonsepkan larian sebelum
berlabuhnya tirai kalendar 2017. Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 edisi
pertama ini telah berjaya menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta
seluruh negeri dengan 7,000 penyertaan, dan 3,000 daripadanya adalah terdiri daripada
orang ramai yang datang menyaksikan acara gemilang ini.

CHARITY RUN

Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini
menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan
kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka.
Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi
bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh
etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For
Rohingya Kuala Lumpur 2017. Penganjuran aktiviti larian ini juga merupakan salah satu
program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil daripada bayaran pendaftaran
akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya.
Penganjuran larian amal ini telah berjaya mengumpul nilai sumbangan berjumlah RM700,000
hasil daripada kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan peserta larian, sumbangan
daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan
diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh.
Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi
Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.
Ini jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah
terpanggil untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan menyediakan platform untuk orang
ramai menyumbangkan sumbangan kepada etnik Rohingya.

LARIAN & HADIAH

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel bersama Ketua
Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, telah melepaskan
para peserta kategori 10KM pada jam 7:00 pagi di Jakel Mall terlebih dahulu sebelum
melepaskan para peserta kategori 5KM pada jam 7:15 pagi.
Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas
laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan
Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar,Jalan Parlimen,
Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak sebelum berakhir di
hadapan Jakel Mall KL.
Manakala peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan
melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan
Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Jalan Tun Perak dan menamatkan larian di
hadapan Jakel Mall KL.

Kesemua para peserta yang menyertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017
telah menerima barangan “Race Pack” berbentuk sebuah bag dimana didalamnya dilengkapi
T-shirt, Botol air, Nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal)
dan lain-lain.
Acara gemilang ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi
RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa
pulang oleh para peserta. Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki &
Wanita membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama,
RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000.
Pemenang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai
RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam sehingga tempat
kesepuluh masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang.
Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta
lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice
Watch bernilai RM369.
Manakala peserta untuk kategori 5KM bagi kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita membawa
pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama, RM2,000 untuk hadiah
tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000.
Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing menerima hadiah
wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang
pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan)
berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.
Larian amal ini juga dimeriahkan lagi dengan tawaran hadiah cabutan bertuah, dimana hadiah
utamanya ialah sebuah motosikal berjenama YAMAHA Avantiz, pakej percutian 3H 2M ke Bali,
7 pasang kasut sukan berjenama Asics, dan jam tangan berjenama Ice Watch. Terdapat juga
hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur
2017.

TETAMU & SELEBRITI

Larian yang telah berakhir sekitar jam 8:30 pagi telah diteruskan dengan acara pentas untuk
penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta larian dengan menampilkan Dee
Jangan Ketawa dan Fara Fauzana selaku pengacara.
Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diseliakan oleh The Equip Management
dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel telah diserikan dengan kedatangan tetamu kehormat
iaitu Tan Sri Dato’ Sri Ismee bin Ismail; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.
Larian amal yang pertama dan terbesar dianjurkan oleh syarikat tekstil negara ini turut
dihangat lagi dengan persembahan nyanyian daripada Ayda Jebat dan Caprice dan
dimeriahkan dengan penampilan selebriti tanah air antaranya pasangan Scha Alyahya & Awal
Ashaari dan Hanis Zalikha & Hairul Azreen, pelakon dari filem Makrifat Cinta serta instafamous
yang lain.

ULANGTAHUN JAKEL KE-10 TAHUN

Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat
tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan
ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi
perniagaan retail.
Menjadi trademark “Ingat Kain Ingat Jakel”, citarasa dan kehendak pelanggan adalah
keutamaan yang terpenting dalam operasi perniagaan. Jakel merupakan trendsetter, tidak
mahu melepaskan peluang untuk turut serta menganjurkan acara hebat ini disertai dengan
kepelbagaian aktiviti sebagai medium untuk mengumpulkan para pelanggan setia Jakel yang
tidak berhenti menyokong berbelanja di Jakel. Pada masa yang sama juga, program sebegini
memberi peluang dan ruang kepada Jakel untuk lebih mendekati pelanggan yang sentiasa
menyokong perniagaan Jakel sepanjang bertapak di Malaysia.

 

 

Komentar

To Top