Hiburan

ANIFEST@Summit 2017 Bertemakan #KITAPATRIOTIK

Subang Jaya, 25 Ogos – Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah menganjurkan Program Anifest@Summit 2017 di pusat membeli-belah terkenal Summit, USJ. Program Anifest ini dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib yang mewakili Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob. Di majlis pelancaran, slogan “BANTERAS CETAK ROMPAK” muncul di “pendrive” besar. Ini adalah supaya masyarakat Malaysia sentiasa membeli karya-karya tulen daripada karyawan animasi dan komik tanahair.

Dengan tema #KITAPATRIOTIK bersempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60, ANIFEST menghimpunkan studio, karyawan komik, IPTA/IPTS kreatif, demonstrasi aplikasi animasi dan sebagainya. Di antaranya adalah Keluangman, Awang Khenit, Kolej Komuniti, FITA dari UiTM, Toon Boom dan sebagainya. Presiden ANIMAS, Encik Ameir Hamzah Hashim menyeru supaya sentiasa menghargai dan patriotik atas karya-karya animasi negara.

 

ANIFEST@SUMMIT

Dato' Azmir Saifuddin Mutalib FINAS Ameir Hamzah Hashim ANIMAS

Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib FINAS
Ameir Hamzah Hashim ANIMAS

ANIFEST@SUMMIT

 

Komentar

To Top