PAM tuan rumah KLAF2017- senibina baik, bandar baik

Kuala Lumpur, 18 Mei- Persatuan Akitek Malaysia (PAM) menjadi tuan rumah bagi acara  tahunan, Kuala Lumpur Architecture Festival 2017 (KLAF2017), bersempena dengan sambutan Seni Bina dan Reka Bentuk bermula dari 4 Julai sehingga 3 September.

Bersempena dengan itu, Penaung Diraja KLAF2017, YAM Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah telah melancarkan laman web tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.  YAM juga berkata, beliau ingin melihat seni bina di negara Malaysia berkembang sejajar dengan negara lain.

Turut hadir ialah Pengerusi KLAF2017, En. Ar. Ang Chee dan juga En. Ezumi Harzani Ismail, Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).

Bertemakan “POWER is/and/to/with/of/for ARCHITECTURE, ianya bukan sahaja terikat kepada arkitek, malah ianya terbuka kepada semua yang berminat dalam bidang seni.  KLAF2017 adalah bertujuan untuk meraikan bakat-bakat mereka yang mempunyai bidang seni dalam Malaysia terutamanya mereka yang telah membawa perubahan dalam indutri seni di Malaysia khususnya.

IMG_8381

YAM Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama dengan barisan-barisan KLAF2017 dan juga PAM
YAM Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama dengan barisan-barisan KLAF2017 dan juga PAM