23 buah syarikat kreatif berjaya peroleh pinjaman RM60 juta

Puchong, 18 Mei- MyCreative Ventures Sdn Bhd (‘MyCreative’) hari ini mengumumkan seramai dua puluh tiga buah syarikat kreatif berjaya memperoleh pinjaman kewangan berjumlah RM60 juta. Pinjaman tersebut telah disampaikan oleh Yang Behormat Senator Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan yang bertempat di Im4U Sentral, Puchong.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Johan Ishak, pinjaman itu diluluskan berdasarkan kemampanan pelan perniagaan sesebuah syarikat.

Antara industri yang layak bagi permohonan pinjaman kewangan adalah Seni Visual, Seni Persembahan, Muzik, Kesusasteraan, Kandungan Kreatif, Fesyen dan Rekaan, Seni Tradisional dan Kebudayaan, Pendidikan Kreatif, Seni Kulinari dan Teknologi Kreatif.

Sebagai selingan di majlis tersebut, satu persembahan menarik telah disajikan oleh kumpulan Paperplane Pursuit yang merupakan band Malaysia tempatan.

Menurut Yang Behormat Senator Dato’ Lee Chee Leong, sudah tiba masanya untuk kita mengiktiraf seni dan kreativiti sebagai salah satu sumber daya pendapatan negara selain daripada hasil galian, komoditi, pertanian atau petroleum.

Selain daripada memohon di laman sesawang rasmi MyCreative, www.mycreative.com.my, pemohon-pemohon yang berpotensi juga boleh memohon pinjaman  melalui jerayawara (roadshows) dan juga pameran yang akan diadakan. Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi MyCreative di www.mycreative.com.my.

 

Persembahan daripada Paperplane Pursuit
Persembahan daripada Paperplane Pursuit

 

Dua puluh tiga buah syraikat menerima pinjaman kewangan bernilai RM60juta
Dua puluh tiga buah syarikat menerima pinjaman kewangan bernilai RM60juta