Ekonomi

Pelancaran Inisiatif Strategik Modal Insan HRDF – 1MOC Aplikasi Mudah Alih Menolong Pengangguran

Kuala Lumpur, 20 Mac 2017, Yang Berhormat Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia melancarkan Inisiatif Strategik Modal Insan HRDF di Hotel Hilton.

4 inisiatif strategik yang dilancarkan adalah:

1MOC – 1Malaysia Outplacement Centre

T&R – The Train and Replace Programme

GENERATE – The Graduate Enhancement Programme for Employability

RAISE – The Rural Accelerated Industrial Skill For Employment

Mengikut Dato’ Sri Richard, ke-empat inisiatif bermatlamatkan untuk mengurangkan pegantungan pekerja separuh mahir atau berkemahiran, mengurangkan kadar pengangguran dan gejala sosial, meningkatkan pendapatan negara per kapita, meningkatkan pekerja berkemahiran untuk majikan di negera di mana dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan produktiviti syarikat.

1MOC adalah sebuah aplikasi mudah alih yang amat unik. Dato’ Sri Richard melaporkan bahawa sudah 300 penganggur yang dapat mencari pekerjaan menggunakan aplikasi ini. Pengguna boleh mencari kerja-kerja kosong melalui peta, dan buat masa kini terdapat lebih 5000 pekerjaan kosong. Majikan yang ingin mengiklankan kerja kosong boleh berbuat demikian melalui web www.1moutplacement.com. Aplikasi ini boleh didapati dalam versi Android dan iOS.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.yul.onemoutplacement

https://itunes.apple.com/us/app/1moutplacement/id1126621923?ls=1&mt=8

1moutplacement

Inisiatif ini disasarkan untuk menolong rakyat terutama golong B40 supaya dipertingkatkan kemahiran mereka didalam dunia yang amat mencabar. Kadar pengangguran negara terkini adalah 3.5% dan tahun selepasnya adalah 3.1%. Peningkatan ini masih didalam kawalan kerana dibawah peringkat antarabangsa 5.9%.

Mengikut Dato’ CM Vignaesvaran, Ketua Eksekutif, TVET (Technical Vocational Education and Training) atau pendidikan dan latihan teknikal vokasional adalah salah satu asas untuk transisi pekerja ke kemahiran tinggi dan menjadi sumber berkesanaan untuk negara.

HRDF Intiatif

HRDF Chief Executive Speech

Press Conference

HRDF lauching

Speech

Komentar

To Top