Pengacara Ary Malik Kembali ke Rahmatullah

Kuala Lumpur, 1 Mac – Pengacara dan pelakon, Ary Malik telah meninggal dunia  di Hospital Ampang pada jam 7.17 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Menurut rakan baik keluarganya yang mahu dikenali sebagai Sam, Ary Malik menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lepas selepas Shahrul Nizam mendapati kesihatan isterinya semakin lemah serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad. Tahun lalu, Ary pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju.

Berita palsu mengenai kematian Ary pada waktu petang semalam telah tersebar di media sosial.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

 

Sumber: Utusan Online