Hiburan

Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, 1 Mac – Seniman legenda Malaysia, Tan Sri Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin, 82 telah menghembuskan nafas terakhir di Klinik Idham, Taman Melawati sekitar jam 5.45 petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, menurut kenyataan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, industri telah kehilangan seorang lagi permata seni tanah air.

“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idham Taman Melawati.

“Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara,” katanya lagi.

Allahyarham disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2011 dan kesihatannya semakin tidak stabil selepas itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Seri Halijah Abdullah serta tiga orang anak iaitu Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim, dan jenazah dilaporkan akan dikebumikan esok.

 

Sumber:

Astro Awani

Utusan Online

Komentar

To Top