Ekonomi

Persidangan Hartanah REHDA – Sudut Pandang Ekonomi & Bisnes 2017

Kelana Jaya, 28 Februari – Satu persidangan yang mengetengahkan sudut pandang ekonomi dan bisnes telah dianjurkan pada hari ini bertempat di Wisma REHDA. Seramai 250 orang telah hadir ke persidangan ini.

Persidangan ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sektor perniagaan di Malaysia. Terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Sudut Pandang Ekonomi Makro dan Isu-isu Ekonomi, Sudut Pandang Pelaburan: Faktor dari Negara China dan Sudut Pandang dan Trend Industri Hartanah.

Antara ahli panel yang dijemput ke persidangan ini adalah Bendahari Kehormat REHDA dan Pemegang Amanah Institut REHDA, Datuk Haji Mustaza bin Haji Mohamad, wakil Persatuan Bank Malaysia, Datuk Haji Hamirullah Boorhan, Presiden Master Builders Association Malaysia (MBAM) Encik Foo Chek Lee, mantan ahli ekonomi Bank Negara Malaysia, Encik Lee Heng Guie dan Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank Berhad, Encik Alan Tan.

Beberapa isu semasa telah dibangkitkan termasuklah revolusi Trumpism dan kadar faedah bank, pengaruh pelaburan China terhadap Malaysia serta trend semasa arena hartanah di peringkat antarabangsa. Pakar juga turut meramalkan Amerika Syarikat bakal ketinggalan di belakang China dalam hal perdagangan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan GDP pada tahun 2017 telah meningkat kepada 4.4% berbanding 4.2% pada tahun 2016. Selain menyentuh isu global, barisan panel turut menitikberatkan isu hartanah tempatan seperti masalah yang dihadapi oleh pembeli kali pertama dan sekitar 52% pembangun hartanah menghadapi kesukaran memperoleh dana.

Institut REHDA merupakan pusat latihan, pendidikan dan badan penyelidikan bagi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Datuk

Datuk Haji Mustaza bin Haji Mohamad sedang memberikan ucapan

 

Komentar

To Top