Jep Sepahtu dan Sari Yanti Sah Bernikah Semalam

Bermula dari gurau senda dan usik-usikan sesama sendiri di media sosial, akhirnya persoalan tentang hubungan rapat antara Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah terjawab apabila pasangan tersebut telah sah bernikah semalam, bertarikh 25 Februari 2017, sekitar pukul 11.50 pagi.

Pasangan diakadkan oleh bapa Sari Yanti iaitu Dato’ Mohamad Nazari, bertempat di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Majlis tersebut dibuat secara tertutup dan tiada liputan media dapat dilakukan di dalam dewan majlis tersebut.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua bagi pelakon jelita tersebut, yang sebelumnya pernah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmadi. Sari Yanti dan bekas suaminya berpisah pada 11 Disember 2014 lalu dan dikurniakan dua orang anak.

Jep Sepahtu dan Sari Yanti mengumumkan berita perkahwinan mereka di dalam laman sosial Instagram masing-masing.

https://www.instagram.com/p/BQ66_1fl4zL/?taken-by=jepsepahtu

 

https://www.instagram.com/p/BQ66qXZFvL6/?taken-by=sariyanti

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan semalam ialah ahli kumpulan Sepahtu Shuib dan Rahim, Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman.

 

Sumber Foto

White Rose Co.