Hiburan

Ary Malik Dilaporkan Kritikal

Pelakon dan pengacara, Aryanee Malik Abdul Malik, 46, atau dikenali sebagai Ary Malik, dilaporkan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari yang lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah. Menurutnya, sudah empat hari Ary tidak sedarkan diri dan doktor mengesyaki bahawa sel kanser sudah menular ke kepala. Ary juga pernah mengadu kesakitan di bahagian dalam perut sebelum dia disahkan menghidap kanser.

Ary juga turut dilaporkan pernah menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju pada bulan Mei tahun lalu sebelum menjalani kemoterapi pada bulan Jun.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Komentar

To Top