Hiburan

Anugerah Kreatif KRU Academy (AKKA 2017)

Pada 23 Februari 2017 yang lepas, KRU Academy telah menganjurkan Anugerah Kreatif KRU Academy (AKKA 2017), bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. Acara yang merupakan julung kalinya dianjurkan itu merupakan acara penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar KRU Academy bagi menghargai hasil kerja seni mereka sepanjang bergelar pelajar di akademi tersebut.

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia telah meluangkan masa bagi menghadiri AKKA 2017 dan menyampaikan ucapan perasmian. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan melalui penubuhan KRU Academy serta kolej-kolej swasta yang lain, jumlah tenaga kerja kemahiran tinggi di Malaysia dapat ditingkatkan seterusnya dapat membuka peluang yang lebih besar kepada anak muda tempatan dalam arena industri.

Selain pelancaran anugerah yang buat pertama kali diadakan itu, AKKA 2017 turut menyaksikan pelancaran blog rasmi KRU Academy yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar akademi tersebut.

Antara selebriti yang dijemput bagi memeriahkan AKKA 2017 ialah Datuk Yusof Haslam, Dato’ Aznil Haji Nawawi, Jay Jay dan kumpulan Forteen.

Diantara pemenang adalah 3D animasi Rusted dan 2D animasi Ugly Old Man.

mahadzir norman akkamahadzir_norman_akka1

Dato’ Seri Mahdzir dan Dato’ Norman pelancaran blog Journal KRU

aznil_akka rusted akka kruacademy ugly old man animasu akka kruacademy forteen_haslam_akka

Dari Kiri ke Kanan

Dato’ Aznil Haji Nawawi

Pemenang 3D animasi Rusted

Pemenang 2D animasi Ugly Old Man

Datuk Yusof Haslam dan Kumpulan Forteen

Komentar

To Top