Sukan

Isu Gelanggang Licin: Chong Wei-Frost Disarankan Berdamai

Baru-baru ini, timbul isu kontroversi antara pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen, gara-gara insiden terjatuh ketika berlatih akibat gelanggang latihan yang licin.

Menurut Chong Wei, insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya Frost ambil peduli aduan permukaan gelanggang yang licin sehingga menyebabkan kecederaan pada ligamen lutut kirinya.

Tambah membuatkan Chong Wei berasa kesal, Frost dikhabarkan menemui jurulatihnya, Hendrawan, bukan untuk menunjukkan keprihatinan terhadap kecederaan yang dialaminya, sebaliknya mempersoalkan adakah kecederaan ini merupakan penamat buat karier Chong Wei.

Rasa ralat itu menyebabkan Chong Wei bertindak membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan mahu membuktikan kemampuan beliau di luar persatuan tersebut.

Berikutan isu ini, bekas Pemain Perseorangan BAM, Chong Wei Feng berharap agar Chong Wei dan Frost segera berdamai. Wei Feng tidak menafikan lebih banyak kontroversi yang akan timbul selepas ini tetapi pada masa yang sama, beliau berpendapat bahawa khidmat kedua-dua individu tersebut masih lagi diperlukan negara.

 

[SUMBER]

Berita Harian

Harian Metro

 

Komentar

To Top