Ekonomi

LevelUP KL 2016 – Konvensyen Permainan Digital semakin rancak

8 November 2016 – MDec telah menganjurkan konvensyen “LevelUP” untuk industri permainan digital Asia Tenggara di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur. Pada tahun ini, lebih 500 peserta seperti pembangun permainan digital, pelabur di dalam negara dan antarabangsa mengambil peluang untuk berinteraksi, mendengar pendapat pakar industri. Di antara syarikat ternama seperti Streamline Studios, Square Enix, Lemonsky, Mediasoft dan Kurechii menyertai konvensyen ini.

Mengikut Dato’ Yasmin Mahmood, CEO MDec, menyatakan Malaysia telah memperelohi syarikat yang telah berjaya di dalam industri permainan digital seperti Mediasoft, Kurechii dan Lemonsky. Disamping itu, 40 pakar bersetuju untuk berkongsi pendapat dan pengalaman di dalam konvensyen ini.

Sementara itu, Wan Hazmer, anak tempatan kami sekarang menjadi insipirasi ramai di dalam arena industri permainan antarabangsa kerana beliau adalah “Lead Game Designer” untuk “Final Fantasy XV”. “Final Fantasy XV” terbaru kali ini akan menjadi fenoma antarabangsa dengan ciri-ciri permainan yang lebih canggih dan menarik.

Komentar

To Top