Ian Livingstone – Permainan Digital Memerlukan Kemahiran Penyelesaian Masalah

Ian Livingstone berkongsi pandangan tentang permainan digital pada sesi bual bicara anjuran MDEC bersama pihak media di Nexus, Bangsar South pada 11 November lalu.

Ian yang merupakan pengasas Games Workshop perbendapat permainan digital mempunyai manfaat kerana pemain memerlukan kemahiran penyelesaian masalah dan dapat meningkatkan aktiviti otak melalui berfikir secara kritikal.

Terdapat satu program di UK, Horizon, mengkaji efektiviti permainan digital kepada pengguna lebih tua. Terdapat golongan yang lebih tua yang tidak pernah bermain permainan digital turut serta. Mereka diimbas menggunakan MRI untuk melihat aktiviti otak. Mereka diberi sebuah permainan tablet kemudian diimbas menggunakan MRI yang sama dan mendapati aktiviti otak mereka meningkat. – Ian.

Ian turut menerangkan bahawa untuk menjadi pembangun aplikasi permainan digital yang mampu menarik minat pengguna antarabangsa, perlu mengambil kira proses lokalisasi dan bukan sekadar terjemahan.

Menurut Ian industri permainan video akan terus membentuk trendnya yang baru dengan menggunakan teknologi VR (virtual reality) dan AR (augmented reality) sebagai penambahan kepada permainan digital konsol, komputer dan mobile.

 

ian-livingstone-speech

media

ian-livingstone