Uncategorized

Cara Mudah Membuat Kambing Panggang Di Rumah

Kambing panggang sememangnya kegemaran rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan perapan yang betul dan cara ianya dipanggang lagi membuat sesiapa saja terliur.

Bagi yang ingin mecuba untuk lakukan di rumah, berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat kambing panggang

Bahan-bahan :

6 potong daging kambing (anda boleh dapatkan di pasaraya seperti Giant, Aeon dan lain-lain)
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam dan gaul semua bahan sehingga rata.
  2. Sapu bahan perapan pada daging kambing dan perap daging kambing di dalam bekas selama 2 jam atau lebih untuk lebih rasa.
  3. Panaskan pemanggang sehingga suhu panas kemudian ratakan permukaan pemanggang dengan sedikit minyak.
  4. Panggang daging kambing selama 10-15 minit setiap bahagian. Jangan menekan daging kambing yang sedang dipanggang kerana perisanya akan keluar. Anda perlu sabar.
  5. Angkat daging kambing dari pemanggang dan sedia dihidangkan.

Komentar

To Top