Hiburan

Aktiviti-aktiviti Memenuhi Hujung Minggu Anda

Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua golongan, dari pelajar sekolah hingga ke individu yang bekerja, untuk berhenti seketika setelah seminggu komited dengan tanggunjawab masing-masing. Tetapi apa aktiviti-aktiviti yang menarik untuk mengisi masa hujung minggu yang singkat ini.

Aktiviti-aktiviti berikut boleh dijadikan idea untuk anda merancang hujung minggu anda dengan baik :

  1. Jalan-jalan
    Waktu hujung minggulah masa yang sesuai untuk anda meneroka tempat-tempat baru. Anda boleh ke pusat membeli-belah, lokasi-lokasi makanan, tempat-tempat berkelah atau bercuti pendek ke negeri-negeri lain. Lagi banyak anda meneroka lagi banyak pengalaman anda dapat dan berkongsi bersama rakan-rakan atau ahli kerluarga.
  2. Riadah
    Pada hari-hari sebelumnya anda mungkin sibuk dengan kerja atau dengan kelas sehingga tiada masa untuk beriadah. Jadi gunakan masa hujung minggu untuk beriadah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda. Futsal, bola sepak, badminton, berbasikal dan lain-lain boleh dijadikan aktiviti riadah. Menariknya anda dapat melakukan riadah dengan tiada had masa selain dapat menyihatkan badan dan bersosial.
  3. Mengemas
    Aktiviti yang memerlukan masa yang lama dan memenatkan tetapi memberi hasil yang menyenagkan, mengemas. Jika anda bekeluarga, ajak anak-anak anda, suami/isteri anda bersama-sama membasmi kotoran di rumah anda. Kepada yang bujang pula dan duduk dirumah sewa bersama rakan, rancang dengan rakan serumah untuk mengemas dan bahagikan tugas masing-masing.

 

Hujung minggu adalah masa untuk anda berehat. Namun tidak bermakna anda tidur sepanjang hari atau bermalas-malasan. Sebaiknya lakukan aktiviti yang lebih berfaedah.

 

 

 

Komentar

To Top