Kamera

Kemalangan – Langkah-langkah Yang Perlu Anda Lakukan

Kes langgar kereta atau kereta lain langgar bahagian belakang kereta sering berlaku.

Sesiapa sahaja boleh berada dalam situasi begini. Oleh itu, langkah-langkah berikut wajib diketahui :

  1. Jangan ubah kereta anda dahulu. Keluar dari kenderaan anda dengan selamat dan ambil gambar dari setiap sudut dan pastikan kenderaan dan nombor pendaftaran diambil dengan jelas. Gambar ini penting kerana bengkel panel insurans akan meminta gambar-gambar ini nanti untuk dihantar semasa proses tuntutan insuran.
  2. Hubungi syarikat insurans anda untuk maklumkan kemalangan dan dapatkan perkhidmatan trak tunda jika kenderaan anda mengalami kerosakan yang teruk. Buat permintaan untuk bawa kenderaan anda yang di tunda ke balai polis berdekatan untuk buat laporan terlebih dahulu.
    Jika berlaku kerosakan kecil dan keadaan mengizinkan, pandu kenderaan anda terus ke balai polis untuk buat laporan.Polis akan ambil gambar kenderaan dan kerosakan yang dialami.
  3. Apabila trak tunda sampai, tanya pemandu trak tunda tersebut sama ada dia diarahkan oleh syarikat insurans ataupun tidak. Jika tidak, jangan terima perkhidmatan mereka dan jangan tandatangan apa-apa dokumen kemungkinan anda ditipu. Syarikat insurans akan menyediakan pekhidmatan trak tunda dalam lingkungan jarak 40km dan menanggung kos pengangkutan sebanyak RM200.
  4. Buat laporan polis untuk claim insuran anda. Buat laporan dalam masa 24 jam daripada masa berlaku kejadian. Tak perlu tangguh walaupun kemalangan kecil yang melibatkan orang lain.
    Jika kedua-dua tidak mahu claim insurans, anda masih perlu untuk membuat laporan polis kerana anda tidak tahu tindakan pihak lain. Jika pihak lain mengubah fikiran membuat laporan polis dan anda akan dikenakan kompaun sebanyak RM 300 kerana kelawatan anda membuat laporan.
  5. Semua kerosakan mesti dimasukkan ke dalam laporan. Kalau airbag terbuka semasa kemalangan, beritahu pegawai polis supaya ambil gambar.
  6. Pergi ke bengkel pada hari yang sama kerana terdapat borang yang perlu ditandatangani. Dokumen yang perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan, salinan lesen, salinan geran kenderaan dan salinan polisi insuran. Bengkel akan uruskan segalanya dan menghantar tuntuan pada pihak insuran.

Komentar

To Top